MITI Jadi Pemangkin: Dua Syarikat Tempatan Kini Menembusi Pasaran Global

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2025 • 1:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Langkah memulakan perniagaan mungkin mudah, akan tetapi bagi mengembangkan dan sehingga ke skala lebih besar ke luar negara adalah sesuatu yang mencabar.

Syarikat tempatan, Poly Edge yang memproses pelbagai jenis thermoplastic boleh dikitar semula, membuktikan tiada yang mustahil dengan cita-cita serta usaha yang cekal.

Pengarah Urusan Brandon Chan berkongsi kisah bagaimana Poly Edge yang ditubuhkan pada 2021 kini menjengah ke pasaran luar negara.

Bermodalkan RM500,000, kini ke pasaran luar negara

image is not available

“Saya bermula dengan dana yang boleh dikatakan kecil, cuma RM500,000 ketika mula-mula menubuhkan syarikat. Kemudian rakan perniagaan mencadangkan kami mendapatkan dana dari bank.

Menyedari tiada apa yang datang bergolek, Brandon mengambil inisiatif sendiri mendapatkan bantuan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Brandon diberi peluang ke luar negara menyertai ekspo atas seliaan MITI pada 2022. Di sini dia berjumpa dengan ramai pelanggan berpotensi sekaligus merancakkan lagi rancangan mengembangkan syarikatnya.

Ekspo jadi batu loncatan luaskan rangkaian tembusi pasaran luar

image is not available

“Saya tahu MITI boleh bantu kembangkan bisnes ke negara luar. Penyertaan dalam ekspo sebegini sangat membantu meluaskan lagi pasaran dan rangkaian di sesebuah negara.

“Contohnya di Jerman saya sertai pameran plastik terbesar di dunia. Tanpa MITI tak mungkin saya dapat sertai kerana tuntutan kos selain tempat yang terhad.

Tambah Brandon lagi, sebelum menyertai program dianjurkan MITI, penembusan ke luar negara ASEAN syarikatnya hanya 5%. Tapi kini mencecah 30%, peningkatan yang jelas dan signifikan, menurutnya lagi.

Alpha Active miliki GMP, HACCP

image is not available

Dalam pada itu, Alpha Active, kilang OEM dengan sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) menerusi Pengurus Pemasaran, Nicholas Lim turut berkongsi pandangan serupa mengenai MITI.

“MITI amat bagus promosikan peranan mereka. Terutamanya untuk syarikat yang mengendalikan eksport. Jadi kena tahu siapa dan fungsi MITI.

“Kalau ada sebarang keraguan atau persoalan, kita boleh jumpa pegawai MITI dan mereka akan terangkan satu persatu.

Pegawai MITI ‘pengganti’ Google

image is not available

Nicholas juga berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja dengan MITI dalam proses melebarkan pasaran syarikatnya ke negara luar.

“Contohnya ketika kami mahu mula-mula menembusi pasaran Filipina dan kami perlukan persetujuan dari sana tapi masih kekurangan maklumat mengenainya.

“Saya ke Menara MITI dan bercakap dengan pegawai mereka dan saya diterangkan langkah demi langkah untuk mendapatkan dokumen itu.

“Pegawai MITI bukan sahaja tahu tentang pasaran tetapi juga trend konsumer di pasaran, malahan mereka juga dilengkapi maklumat untuk keperluan pendaftaran bagi sesebuah negara.

“Aspek itu paling penting dan rumit untuk kita masuk ke negara baru. Ada pelanggan kami yang mahu beli tapi kadang-kadang mereka bukan dalam industri.

“Mereka akan bertanya bukan kepada Google tapi MITI. Di setiap negara ada pejabat MITI, jadi kami akan merujuk kepada pegawai di sana sebelum memasarkan produk di negara berkenaan,” terang Nicholas lagi.

Bukan setakat ini, MITI dan MITI ASEAN aktif dengan inisiatif membantu perusahaan kecil dan sederhana melebarkan sayap ke negara luar dan diterima dengan lebih meluas menerusi beberapa cara:

Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA)

Protokol Kedua bagi pindaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dijangka dimeterai ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober 2025. 

Naik taraf ini bakal memperkenalkan elemen baharu yang memberi tumpuan kepada isu-isu semasa termasuk produk dikilang semula, hubungan perdagangan dengan aspek alam sekitar, perdagangan dalam keadaan krisis kemanusiaan serta pengukuhan keterhubungan rantaian bekalan. 

Pindaan ini membuktikan kesungguhan ASEAN untuk terus mengurangkan sekatan perdagangan dan dalam masa yang sama membuka akses lebih luas kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke pasaran serantau.

Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA)

DEFA dilihat sebagai satu langkah penting kerana ia berfungsi mewujudkan ekosistem perdagangan intra-ASEAN yang lebih menyeluruh dan inklusif melalui rangka kerja digital yang seragam. 

Berdasarkan anggaran Boston Consulting Group (BCG), pelaksanaan DEFA berpotensi menggandakan saiz ekonomi digital ASEAN kepada USD2 trilion menjelang tahun 2030. 

Selain itu, ia turut memberi manfaat kepada lebih 70 juta PKS di rantau ini, yang mewakili kira-kira 98% daripada keseluruhan entiti perniagaan ASEAN.

Kedua-dua syarikat tempatan ini membuktikan mereka bukan jaguh kampung. Bermula dengan impian kecil, sedikit demi sedikit mengorak langkah meneroka negara luar.

Dengan usaha serta panduan dari MITI, syarikat tempatan ini menempa nama di peringkat antarabangsa.

The post

appeared first on

.