MITI kekal sasaran DDI sebanyak RM100.8 bilion tahun ini: Azmin

Business & Finance
26 Jul 2022 • 4:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) mengekalkan sasaran pelaburan langsung domestik (DDI) tahun ini berjumlah RM100.8 bilion iaitu pencapaian yang sama pada 2021.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali(gambar) melahirkan keyakinan bahawa Malaysia berupaya mengulangi kejayaan tersebut dan mengekalkan momentum positif tersebut.

“Pada suku tahun pertama 2022, kita telah mencatat RM42.8 bilion pelaburan dengan RM15 bilion daripadanya adalah DDI.

“Sudah tentu kita sedang meningkatkan usaha bagi memastikan permintaan meningkat dan dapat dipenuhi oleh perusahaan kecil dan sederhana serta pemain tempatan,” beliau berkata kepada pemberita selepas ditemui dalam Seminar Pelaburan Domestik Siri I (Wilayah Tengah) anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).-Bernama