MITI perlu bekerja satu pasukan hadapi saingan global

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 8:08 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MITI perlu bekerja satu pasukan hadapi saingan global

KUALA LUMPUR: Setiap bahagian dan jabatan dalam Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu bekerja sebagai satu pasukan yang pantas, cekap dan kompetitif untuk menghadapi persaingan di pentas global.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ada negara yang memperoleh kemerdekaan lebih lewat tetapi lebih maju kerana kepimpinan dan kementeriannya bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat bersama.

Katanya, pengalaman beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan (MOF) memperlihatkan perbezaan peranan kedua-dua kementerian dengan kementerian itu antara lain bertanggungjawab menjaga rekod dan dasar.

“Saya pernah berkhidmat di MOF. Kalau kita lihat MOF, kementerian itu menjaga apa yang sudah berlaku. Mereka panggil bookkee­per, timekeeper, policy keeper.

“MITI sebenarnya adalah gatekeeper. Sebelum orang masuk, mereka kena melalui kita dahulu. Sebab itu peranan tuan-tuan dan puan-puan dalam MITI sangat penting.

“MITI ini ialah kementerian yang mempunyai satu pasukan, satu semangat dan satu matlamat,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Sukan Negara MITI 2026 dan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Antara Rumah MITI 2026 di Arena Sukan Kuala Lumpur di sini semalam.

Johari berkata, kejohanan itu memberi peluang kepada warga MITI untuk mengeratkan hubu­ngan dan memupuk semangat berpasukan yang diperlukan dalam tugas seharian.

Katanya, disiplin yang dituntut dalam pekerjaan turut teruji di gelanggang sukan kerana setiap usaha memburu kemenangan tetap tertakluk pada peraturan pertandingan.

“Kalau kita hendak menjadi kakitangan yang produktif dan cekap, perkara paling penting ialah kita mesti ada kekuatan fizikal dan mental.

“Selagi kita ada negara yang merdeka seperti Malaysia, kerja tidak akan habis. Oleh sebab itu, kita mesti ada keseimbangan antara kerja, keluarga dan kesihatan supaya kita mempunyai ketena­ngan hidup dan dapat melakukan kerja dengan baik,” katanya.-UTUSAN.

The post MITI perlu bekerja satu pasukan hadapi saingan global appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved