Mitsubishi Anjur Drive Your Ambition, Ada Test Drive Triton

LocalCars
13 Jan 2025 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitisubishi Motors Malaysia (MMM) akan menganjurkan acara pemanduan 4x4, Drive Your Ambition pada 18 hingga 19 Januari ini, di ParkCity Eastwood, Miri, Sarawak.

Acara ini akan mempamerkan kehebatan Mitsubishi Triton serba baharumenerusi kursus pandu uji berkenaan.

Dalam acara itu, Mitsubishi Triton akan digunakan untuk mempamerkan keupayaannya dalam meredah laluan berhalangan termasuk lintasan sisi, mengharungi air, mendaki bukit, dan banyak lagi.

image is not available

Para perserta juga boleh mencuba sistem Super Select 4WD-II yang menawarkan empat pilihan: 2H (pacuan roda belakang), 4H (empat roda sepenuh masa pemacu), 4HLc (pembezaan tengah terkunci), dan 4LLc (pebezaan tengah terkunci dengan lebih rendah gear).

image is not available

Malah, para peserta juga boleh memandu uji Triton Single Cab yang turut menawarkan pelbagai ciri menarik.

Sempena acara itu, MMM akan turut menawarkan promosi menarik seperti di bawah:

• Ganjaran diesel untuk Triton, penyelenggaran percuma selama dua tahun. Jika anda menempah Triton pada acara itu, anda akan menerima cooler box Naturehike bernilai RM150.

• Pandu uji Triton serba baharu melalui laluan berhalangan dan berpeluang menerima Naturehike Camping Stool dan beg tote Triton.

• Beberapa aktiviti lain turut disediakan untuk seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/

View Original Article