Mitsubishi Triton Menang Anugerah Rekaan Terbaik Jepun – Imej "Beast Mode" Yang Menyerlah

LocalCars
12 Dec 2024 • 7:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mitsubishi Motors berjaya mencipta kejayaan besar apabila trak pikap terbarunya, Mitsubishi Triton, dinobatkan sebagai Kereta Rekaan Terbaik 2024-2025 semasa Anugerah Kereta Terbaik Jepun baru-baru ini. Terkenal dengan reka bentuk gagah yang digelar “Beast Mode”, Triton mencerminkan kekuatan dan kelincahan yang sesuai dengan gaya hidup pengembaraan.

Reka Bentuk 'Gagah' Yang Ikonik

image is not available

Antara ciri reka bentuk Triton yang menyerlah sehingga berjaya memukau juri adalah termasuk rekaan yang dinamakan Dynamic Shield di bahagian hadapan yang menjadi identiti ikonik Mitsubishi. Selain itu, gril besar dan ‘otot’ fender memberikan kesan visual yang menarik. Untuk sebuah trak double cab, badan jentera ini juga dilihat memiliki keseimbangan reka bentuk yang baik.

image is not available

Bukan hanya di luar, bahagian kabin Triton turut mendapat pujian, terutamanya rekaan papan pemuka (dashboard) Horizontal Axis, yang memudahkan pemandu melihat kedudukan kenderaan dengan jelas. Kemasan sentuhan lembut (soft-touch) yang digunakan pula meningkatkan keselamatan penumpang.

Tema “Power for Adventure"

Dilancarkan di Thailand pada Julai 2023, Triton baharu yang direka untuk kegunaan rekreasi dan komersial ini telah diberikan rombakan yang menyeluruh dari segi casis, enjin dan kabinnya.

Sejarah Mitsubishi Triton

Sejak diperkenalkan pada tahun 1978, Mitsubishi Triton telah terjual sebanyak 5.7 juta unit di seluruh dunia, meliputi lima generasi dan dipasarkan di 150 negara. Kini, Triton dihasilkan di Thailand dan dieksport ke lebih 100 negara.

Di Malaysia, Mitsubishi Motors menawarkan Triton dalam lima varian, termasuk versi kabin tunggal terbaru yang dijual daripada RM101,980 hingga RM165,980, menjadikannya pilihan yang kompetitif dalam segmen trak pikap.