
Di bawah sinar gemerlap kota Hong Kong, Miu Miu kembali membawa sentuhan magis dengan edisi terbaru Miu Miu Select. Pada 25 Julai, pelakon Korea, Hyeri, menjadi bintang utama dalam majlis koktel meriah di butik Miu Miu Canton Road, menampilkan koleksi peribadinya yang penuh gaya dan unik.
Sudut butik ini turut dihias dengan penuh elegan, mempamerkan beg Aventure dan Arcadie yang baru, setiap satunya disertakan tag istimewa bertandatangan Hyeri. Sentuhan tangan menjadikan setiap item satu karya seni tersendiri, hanya tersedia untuk tempoh yang singkat di beberapa butik terpilih, termasuk Pavilion Kuala Lumpur dan secara dalam talian di MiuMiu.com. Bungkusan khas yang direka untuk acara ini turut menambahkan elemen kejutan yang menyenangkan bagi setiap pembelian.
Majlis ini turut dihadiri oleh barisan selebriti dan bakat muda seperti Jeannie Ng, Nancy Kwai, Ashley Lin, dan ramai lagi. Mereka hadir untuk menyaksikan gabungan fesyen dan seni yang memukau, mencipta satu malam yang penuh dengan gaya dan glamor.
Perjalanan Miu Miu Select

Dilancarkan pada 2019, Miu Miu Select meraikan ekspresi diri melalui fesyen. Pada 2024, ia menjelajah ke Seoul dan Milan, dengan kolaborasi bersama ikon fesyen seperti Wonyoung Jang dan Cailee Spaeny. Setiap edisi menonjolkan keunikan dan karisma Miu Miu, mengukuhkan jenama ini sebagai simbol fesyen global yang berani dan berpengaruh.
Miu Miu Select bukan sekadar koleksi fesyen; ia adalah perayaan gaya dan individualiti. Di Hong Kong, Hyeri membawa pesona dan daya tarik yang memikat, mengingatkan kita bahawa fesyen adalah tentang mengekspresikan diri dan bersinar dengan keyakinan.
Buka peluang kepada eksperesi keunikan fesyen

Miu Miu Select memberi peluang kepada personaliti terkenal, termasuk pelakon, penyanyi, dan ikon fesyen, untuk memilih dan mempersembahkan koleksi kegemaran mereka dari barisan produk Miu Miu. Koleksi ini merangkumi pelbagai kategori seperti pakaian sedia pakai, beg tangan, kasut, barang kemas, dan aksesori. Setiap pilihan mencerminkan gaya dan personaliti unik individu yang terlibat, menjadikan setiap acara Miu Miu satu pengalaman fesyen yang eksklusif dan peribadi.
Selain itu, apa yang menjadikan Miu Miu Select begitu istimewa adalah fokusnya pada personalisasi dan keunikan. Setiap edisi menampilkan koleksi yang bukan sahaja dipilih dengan teliti tetapi juga disesuaikan dengan gaya dan cita rasa individu yang terlibat. Ini termasuk penambahan tag khas yang ditandatangani dan jahitan tangan pada setiap item terpilih, memberikan sentuhan peribadi dan eksklusif kepada pembeli.
Bukan sahaja mencerminkan kreativiti dan inovasi dalam fesyen, tetapi ia juga mengukuhkan kedudukan Miu Miu sebagai jenama yang berpengaruh dalam industri fesyen global. Dengan memberi ruang kepada individu untuk mengekspresikan diri melalui fesyen, Miu Miu Select terus menarik perhatian dan minat penggemar fesyen di seluruh dunia.
Moga artikel ini bermanfaat bagi anda semua.
Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia
(Kredit gambar Hero dan Featured: Miu Miu)
