Mizz Nina, Essam Bulan Madu Di Greece

Entertainment
27 Jun 2023 • 12:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mizz Nina, Essam Bulan Madu Di Greece

Berita pernikahan selebriti tanah air, Mizz Nina bersama suaminya, Essam Muhammad menjadi topik hangat di media sosial selepas pasangan itu mengumumkan sudah sah menjadi suami isteri beberapa minggu lalu.

Terbaru, pasangan itu kini dipercayai sedang merehatkan diri daripada kesibukan buat seketika dan kini berbulan madu di Greece yang terletak di tenggara Eropah.

Menerusi perkongsian di Instagram, pasangan tersebut mengenakan pakaian serba biru dengan berlatarkan batu bata di kawasan Santorini, yang mempunyai pemandangan yang tercantik di dunia.

image is not available
Kredit: officialmizznina/Instagram

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkongsi pemandangan Santorini di mana Essam yang berada pada kedudukan atas merakam momen beliau menuruni anak tangga sebelum kamera dihalakan ke laut.

image is not available
Kredit: officialmizznina/Instagram

Aktivis kemanusiaan berusia 43 tahun itu turut mengambil peluang memamparkan bangunan yang ada di Santorini dengan campuran langit yang membuatkan kawasan itu menyerlah.

Kawasan itu dilihat sangat tenang dan ditemani tiupan angin sepoi-sepoi.

Mizz Nina umum bernikah

Sebelum ini, Mizz Nina mengumumkan telah selamat bernikah bersama Essam dalam satu majlis pernikahan tertutup.

Beliau berkongsi berita gembira itu di Instagram peribadi miliknya beberapa minggu lalu.

“Saya ingin kongsikan kepada anda semua iaitu pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku ke-2 2023, kepada suami tercinta Essam Muhammad, dalam majlis peribadi bersama keluarga dan rakan rapat,” tulisnya.

Nina turut memuat naik gambar bersama pasangannya yang memakai pakaian serba putih yang juga dipercayai diambil selepas pernikahan mereka.

Tambahnya, beliau teruja untuk menjalani lembaran baharu dalam hidupnya.

“Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi keperluan agama masing-masing.

“Allah adalah sebaik-baik perancang, dan telah menulis bab kehidupan kita ini dengan begitu indah.

“Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah. Kami berkongsi matlamat dan aspirasi yang sama serta teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami,” ujarnya.

Nina juga memaklumkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup di ibu kota tidak lama lagi.

Sumber: officialmizznina/Instagram