MK Curtain, Koputra jalin kerjasama, tawar pelan ansuran kepada ahli

LocalBusiness & Finance
23 Jul 2026 • 5:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MK Curtain, Koputra jalin kerjasama, tawar pelan ansuran kepada ahli

PETALING JAYA – MK Curtain Berhad dan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menawarkan pelan pembayaran ansuran kepada ahli Koputra untuk mendapatkan produk langsir, bidai dan penyelesaian dekorasi tingkap.

Melalui kerjasama berkenaan, ahli Koputra boleh menikmati pakej khas MK Curtain yang merangkumi konsultasi, pengukuran, pembekalan dan pemasangan langsir serta bidai bagi kediaman.

Ketua Pegawai Eksekutif MK Curtain Berhad, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol berkata, kerjasama bersama Koputra merupakan langkah strategik dalam memperluaskan akses kepada produk dan perkhidmatan dekorasi kediaman yang berkualiti.

“Melalui kerjasama ini, anggota Koputra boleh menikmati pakej khas dan pelan pembayaran ansuran bagi mendapatkan langsir, bidai serta penyelesaian dekorasi tingkap daripada MK Curtain.

“Dengan pengalaman lebih 20 tahun dan rangkaian cawangan di seluruh Malaysia, kami bersedia menyediakan perkhidmatan lengkap daripada konsultasi dan pengukuran sehingga pembekalan serta pemasangan.

“Kami percaya pilihan pembayaran yang lebih fleksibel dapat membantu lebih ramai anggota mewujudkan ruang kediaman yang selesa, praktikal dan berkualiti,” katanya dalam kenyataan.

Ditubuhkan pada tahun 2005, MK Curtain Berhad telah berkembang daripada penyedia penyelesaian langsir kepada jenama perabot rumah yang menawarkan pelbagai solusi dekorasi dalaman untuk kediaman dan premis komersial.

Dengan pengalaman lebih dua dekad, rangkaian lebih 50 cawangan di seluruh Malaysia dan hasil tahunan sekitar RM47 juta, syarikat menyediakan produk serta perkhidmatan merangkumi langsir tempahan khas, bidai moden, kertas dinding, lantai vinil, tinted tingkap dan pelbagai aksesori dekorasi dalaman.

Koputra pula telah beroperasi lebih 40 tahun dengan keanggotaan melebihi 5,000 anggota dengan tumpuan kepada penyediaan pelbagai perkhidmatan kewangan serta sokongan ekonomi termasuk pembiayaan pinjaman, perkhidmatan Ar-Rahnu dan perkhidmatan pembersihan bagi memenuhi keperluan anggota. – KOSMO! ONLINE

 

The post MK Curtain, Koputra jalin kerjasama, tawar pelan ansuran kepada ahli appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved