MK K-Clique dipuji kaburkan aksi cium dahi isteri – “Bagus ada sifat malu”

17 Apr 2024 • 4:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi rap MK K-Clique dipuji kaburkan aksi cium dahi isteri, Siti Haajar Syeikh Nordin dalam satu video yang dimuat naiknya baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah berkongsi momen bersalam dan bermaaf-maafan antara dia dan isterinya.

MK K-Clique dipuji kaburkan aksi cium dahi isteri

Dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam, MK berkata di ruangan kapsyen ini merupakan raya pertamanya sebagai suami kepada Haajar.

“Bismillah. Alhamdulillah raya tahun ini adalah momen pertama kali kami sebagai suaami isteri bermaafan di pagi raya.

image is not available

“Semoga Allah menerima segala amal ibadah isteriku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan semoga mereka sentiasa dalam lindungannya,” katanya.

Namun apa yang menarik perhatian warga maya adalah tindakan MK yang menyunting video tersebut dengan mengaburkan bahagian yang memaparkan mereka saling mengucup pipi dan dahi masing-masing.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji MK atas tindakannya yang mengaburkan bahagian tersebut disamping berkata pasangan ini masih mempunyai sifat malu.

Selain bumi, kita boleh tinggal mana?

image is not available

Ambiklah Aidilfitri ni, kami tunggu Aidiladha

image is not available

Jangan sampai saya lipat bumi ni

image is not available

Kenapa dorang boleh eh?

image is not available

Orang single dah seru batu belah

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang meluahkan rasa cemburu dengan pasangan tersebut disamping berseloroh mereka tidak mahu lagi tinggal di bumi.

Dah halal tapi menghormati, bagus

image is not available

MK K-Clique dipuji kaburkan aksi cium dahi isteri

image is not available

Bagus pasangan ni ada sifat malu

image is not available

Suka sebab blur part tu

image is not available

Sekadar info, MK yang juga merupakan pelakon berkahwin dengan Haajar pada 16 Jun 2023 di sebuah majlis di Masjid Jami’il Huda, Ampang.

Sumber: Instagram MK K-Clique