MK K-Clique kongsi video cium perut isteri, beri bayangan bakal timang ‘baby’

Entertainment
27 Jul 2024 • 4:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selebriti terkenal, MK K-Clique kongsi video cium perut isteri, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 27 bersempena dengan ulang tahunnya seakan memberi bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Cover lagu siap MV

Menerusi hantaran MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan, 28, dia telah memuat naik video dia menyanyikan semula lagu dari Keilandboi bertajuk OKE sambil menampilkan ibu serta isteri tersayang di MV tersebut.

@mk.kc302

Alhamdulillah ya Allah Endlessly blessed, forever grateful.

♬ original sound – MK K-CLIQUE – MK K-CLIQUE

MK K-Clique kongsi video cium perut isteri, nampak baby bump Hajaar

Dalam MV tersebut, MK turut berkongsi beberapa gambar serta video kenangan-kenangan sewaktu sedang berada di atas pentas, keluarga dan juga isteri tercinta.

Dapat diperhatian MK memegang perut isterinya sebelum mencium sambil tersenyum. Baby bump Siti Haajar jelas kelihatan dan seperti sudah memasuki trimester terakhir.

image is not available

MK K-Clique kongsi video cium perut isteri sempena hari lahir

Haajar juga turut berkongsi video bersama MK di akaun TikTok miliknya dengan mengucapkan selamat hari lahir buat selebriti itu serta mendoakan supaya suami tercinta terus dijaga oleh Allah S.W.T agar terus menjadi miliknya hingga ke syurga.

@hajaarsitii

Selamat Ulang Tahun, Syurgaku. Ya Allah, jaga la suamiku hanya untukku hingga ke syurgamu. Aamiin Aamiin ya rabb

♬ Cinta Kita – Kausa Sendu

Tahniah MK dan Hajaar

Perkongsian yang dibuat oleh MK telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang kebanyakan mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan kerana dilihat bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Ada juga di antara mereka mengucapkan selamat hari lahir buat MK dan mendoakan supaya dia dan isteri terus bahagia selalu.

 

 

image is not available

Semoga hidup terus diredai Allah

image is not available

Selamat hari lahir MK!

image is not available

Sekadar info, MK telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun 2023 di sebuah majlis di Masjid Jami’il Huda, Ampang.

Sumber: TikTok MK K-Clique