MK pura2 menangis sambil hisap puting pink, peminat syak ‘hint’ nak timang anak

7 Sep 2023 • 8:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sejak mendirikan rumah tangga, ada sahaja kerenah lucu penyanyi rap terkenal, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan.

Buat perangai macam bayi

Terbaru, menerusi TikTok isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, MK dilihat sedang bergurau dengan menghisap puting bayi berwarna pink sambil membuat aksi manja sambil berbaring diatas katil.

@hajaarsitii

Selamat pagi dari anak saya yang superrrr cute!!!

♬ original sound – Hajaar Siti – Hajaar Siti

Pura-pura menangis pula

Kerenah lucu pelakon drama I Love You Stupid itu turut berpura-pura menangis seperti bayi selepas Hajaar menarik keluar puting berkenaan daripada mulut MK.

Kenapa lepas kahwin jadi macam Oyen?

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai peminat pasangan berkenaan dan menyatakan seolah-olah MK memberi hint kepada isteri untuk memiliki cahaya mata.

Mereka juga sempat berseloroh mengatakan perangai sebenar MK terbongkar sejak berkahwin kerana baru tahu yang penyanyi itu seorang yang begitu manja, berbeza jauh dari aksi di atas pentas sewaktu membuat persembahan nyanyian.

 

image is not available

Lepas kahwin makin kelakar ye

image is not available

Perangai sebenar Mk yang kita tak pernah tahu

image is not available

Semoga cepat2 dapat baby

image is not available

Dia dah tak sabar nak dengar jeritan baby la tu

image is not available

Untuk rekod, penyanyi asal Sabah itu telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun 2023. Difahamkan, mereka telah mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu dan tidak mengambil masa yang lama untuk bergelar pasangan suami isteri.

Sumber: TikTok hajaarsitii