MKBHD Secara Tidak Sengaja Meniriskan MacBook Air M2 Akan Dilancarkan Pada 14 Julai

TechnologyDigital
6 Jul 2022 • 9:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hanya berkata MacBook Air M2 akan dilancarkan pada bulan ini tanpa sebarang tarikh muktamad. Tarikh ini bukan lagi misteri selepas MKBHD secara tidak sengaja meniriskan tarikh pelancaran komputer riba ini menerusi video ulasan ASUS ROG Phone 6 Pro beliau semalam.

Beliau menunjukkan widget kalender acara pada skrin peranti dan dapat dilihat tarikh untuk video MacBook Air M2 ialah pada 14 Julai 2022. Memandangkan beliau secara lazimnya memuat naik video ulasan pada hari peranti baharu dilancarkan, kemungkinan komputer riba ini dilancarkan pada tarikh tersebut adalah amat tinggi.

Setakat ini hanya MacBook Pro 13″ M2 sahaja telah dipasarkan. Terdapat kontroversi kerana versi dengan storan 256GB menggunakan SSD yang jauh lebih perlahan sehingga prestasi berkurangan hampir separuh.