MKT UMNO Adakan Mesyuarat Khas Malam Ini

Politics
23 Nov 2022 • 1:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Maslan - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) akan mengadakan mesyuarat khas di Menara Dato Onn, yang akan dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

Berdasarkan pemakluman yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, mesyuarat khas tersebut akan diadakan pada jam 8 malam ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Presiden akan diadakan pada Rabu (malam ini) jam 8 malam di Bilik Mesyuarat Tingkat 39 Menara Dato Onn.

“Sehubungan dengan itu, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat dan Yang Berbahagia adalah dijemput untuk hadir ke mesyuarat tersebut,” katanya dalam pemakluman berkenaan.

UMNO menyaksikan penolakan besar-besaran orang Melayu apabila hanya berjaya memperoleh 26 kerusi Parlimen sahaja pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keputusan terburuk UMNO dalam sejarah itu menyebabkan Zahid diasak untuk meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut. - Getaran, 23 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved