MLFF Bukan Mudah Dilaksana!

LocalPolitics
18 Sep 2024 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, proses untuk merealisasikan pelaksanaan MLFF bukanlah satu urusan yang mudah.

Menurutnya, beliau telah mengadakan satu perjumpaan dan perbincangan bersama pengurusan tertinggi Salik Company PJSC (Salik) semasa lawatan kerja rasmi menghadiri Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) ke-30 di Dubai , baru-baru ini.

image is not availableimage is not available

“Syarikat Salik PJSC melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.

“Justeru, perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak adalah berkaitan dengan perkongsian pengalaman dari segi pengoperasian, penguatkuasaan dan penggunaan teknologi,” katanya.

Menerusi lawatannya ke Dubai, beliau berkesempatan meninjau salah satu daripada gantri tol sedia ada bagi melihat secara dekat penggunapakaiannya.

“Sesi libat urus ini mencerminkan komitmen padu kerajaan Malaysia dalam menentukan hala tuju kerajaan ke arah pengadaptasian ITS dalam sistem kutipan tol negara.

“Usaha ini juga turut menjadi salah satu agenda utama di bawah program MYJalan dalam melestarikan jalinan infrastruktur lebuh raya negara bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan pengguna,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved