MMM Serahkan Xpander Yang Ke-40,000 Kepada Pemilik Bertuah

LocalCars
27 Aug 2024 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) meraikan pemilik bertuah yang berjaya memiliki unit pengeluaran Mitsubishi Xpander yang ke-40,000 di Malaysia, baru-baru ini.

Pemilik Xpander yang ke-40,000 itu adalah seorang guru yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, Zaty Ewany.

Pelanggan bertuah itu membawa pulang baucar percutian bernilai RM10,000.

Majlis penyerahan Xpander kepada Zaty diadakan di salah satu pengedar sah MMM, RIF Auto Sdn Bhd.

image is not available

Bercakap pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, ketika mereka melancarkan XPANDER pada penghujung 2020.

“Ketika itu, visi kami bukan sekadar mencipta kenderaan untuk memenuhi keperluan pelanggan tetapi mahu menonjolkan gaya hidup pemiliknya.

image is not availableimage is not available

“Untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia, rakan kongsi perniagaan MMM, dan rakan media kerana memberi kepercayaan dan sokongannya yang menjadi asas kepada kejayaan kami,” katanya.

image is not available

Untuk makluman, dalam meraikan kejayaan yang luar biasa itu, para pembeli yang mengunjungi mana-mana bilik pameran sah MMM, berpeluang menikmati rebat dan bonus istimewa.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/ .