MN bantu PN hadapi PRN

Politics
14 Jun 2023 • 11:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zuraida (tiga dari kiri) bersama Abdul Hadi Awang (tengah), Takiyuddin dan Nuridah. Foto: FB Zuraida

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) turut serta membantu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Presiden MN, Datuk Zuraida Kamaruddin telah berkongsi gambar bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Saleh menerusi satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.

Tambah beliau, sokongan penuh akan tertumpu kepada PN dan keterlibatan ini adalah sejajar dengan hasrat pelbagai pihak.

“Ia kerana kesatuan perlu direalisasikan agar ukiran kemenangan dapat dinyatakan dalam natijah yang sebenar,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Perkara tersebut diumumkan oleh Takiyudin Hassan pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan yang diadakan Senawang, Jun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved