Mobile Clinic MAIWP-MAPIM santuni kariah Masjid Al-Muqarrabin

3 Nov 2022 • 10:29 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR : Program bas double decker Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) santuni kariah Masjid Al-Muqarrabin selama dua hari bermula hari ini 3 November sehingga 4 November.

image is not available

Orang ramai yang hadir ke Program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta ubat-ubatan secara percuma oleh pegawai kesihatan yang bertugas.

Menurut Pengerusi Masjid Al-Muqarrabin, Mohd Arif bin Abu Samad, program ini adalah satu program yang tepat diadakan di sini kerana ramai golongan yang amat memerlukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

image is not available

“Saya sangat berterima kasih kepada MAIWP-MAPIM dan semua petugas kerana telah memberikan perkidmatan yang terbaik dan diharapkan ianya akan diteruskan pada masa akan datang.”

image is not available

Jumlah keseluruhan penduduk yang hadir bagi mendapatkan rawatan pada hari ini adalah 75 orang dan dirawat oleh dua orang doktor serta dibantu enam orang sukarelawan.

image is not available

Orang ramai terutamanya penduduk sekitar dijemput bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di Masjid Al-Muqarrabin bermula hari ini sehingga Jumaat.

image is not available