Mobile Clinic MAIWP-MAPIM: Sentuhan Perubatan di Masjid 24 Jam

6 Jun 2024 • 2:53 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

 

KUALA LUMPUR – Mobile Clinic MAIWP-MAPIM meneruskan misi kebajikan dengan mengadakan program di Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, yang dibuka 24 jam bagi menyantuni masyarakat setempat.

image is not available
Dr. Siti Hajar binti Abdul Aziz telah merawat pesara, Roslan bin Jamulos, yang mengalami masalah vertigo. Roslan meluahkan rasa puas hati dengan rawatan yang diberikan serta gembira apabila mengetahui ubat-ubatan yang diterimanya adalah percuma.

image is not available
Selain itu, Dr. Siti Hajar turut merawat warga emas uzur, Sapiyah binti Puteh, yang menghidap asma kronik. Beliau kemudian merujuk Sapiyah ke hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan dengan segera.

image is not available
Sukarelawan, Dr. Mohamad Hakim Zaliq bin Mohamad Zulkiflee, juga memberikan khidmat cemerlang dengan merawat Jamaluddin bin Samad yang mengalami sesak nafas. Jamaluddin menyatakan rasa puas hati dengan rawatan yang diterima dan sangat gembira kerana ubat-ubatan yang disediakan adalah percuma.

image is not available
Warga emas, Rapiah binti Jamalludin, turut hadir bersama anaknya untuk mendapatkan rawatan batuk bersama Dr. Mohamad Hakim.

Inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen MAIWP-MAPIM dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang. Masjid Al-Imam Ash-Shafie terus mengukuhkan peranannya sebagai pusat komuniti yang inklusif dan kondusif, menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh kepada masyarakat setempat, demi kesejahteraan bersama.