“Modal Soft P*rn Tak Habis-Habis!” – Babak Panas Farid Kamil & Maya Karin Dalam Filem Telaga Suriram Dikecam Netizen

LocalEntertainment
28 Oct 2025 • 7:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Filem terbaharu arahan Farid Kamil berjudul Telaga Suriram kini menjadi topik hangat di media sosial selepas tular satu babak panas yang memperlihatkan aksi ciuman antara Farid dan pelakon utama wanita, Maya Karin.

Klip pendek daripada filem itu mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen yang menganggap adegan tersebut tidak sesuai ditayangkan kepada umum dan melampaui batas budaya tempatan.

Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan kedua-dua pelakon berpengalaman itu.

image is not available

Antara komen yang menjadi perhatian:

Tak malu ke buat babak macam tu?

Mana Lembaga Penapisan Filem (LPF)? Macam tak ada adab langsung.

Pelakon senior pun sepatutnya tunjuk contoh baik, bukan normalisasikan babak panas.

Ada juga yang mempersoalkan fungsi LPF dalam menapis adegan-adegan sensitif yang dianggap tidak selari dengan nilai moral masyarakat Malaysia.

Setakat ini, pihak produksi dan pelakon terlibat masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung kontroversi yang sedang tular di media sosial tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-28 16:44:11

"Ini Betul 'Old Money' Punya Kaya" - Netizen Terkesima Lihat Nombor Plat Kereta Fattah & Amira Othman Ketika Majlis Resepsi

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved