Model AI Meta Boleh Mengenalpasti Objek Dalam Gambar Dan Video

TechnologyDigital
6 Apr 2023 • 9:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Antara cabaran kepada robot dan kecerdasan buatan ialah untuk memahami apa yang dilihat menerusi kamera dan “deria” mereka. Oleh itu mereka perlu dilatih untuk mengenali setiap objek yang mengambil masa yang lama. Apabila objek dikenali barulah cara ia digunakan boleh difahami. Adalah hampir mustahil untuk mengajar sesebuah kecerdasan buatan (AI) untuk mengenali setiap objek yang wujud secara satu persatu.

image is not available

Hari ini Meta mengumumkan Segment Anything Model (SAM) yang merupakan model AI terkini mereka yang boleh mengenalpasti kesemua objek dalam gambar dan video. Apabila sesebuah imej atau video dilihat oleh SAM, ia akan melakukan proses segmentasi secara automatik.

image is not available

Segmentasi ialah proses memecahkan setiap objek dalam gambar untuk memahaminya. Yang menarik mengenai SAM menurut Meta ialah ia boleh melakukan segmentasi pada objek yang tidak pernah dilihat sebelum ini olehnya ketika dilatih.

Meta memberikan akses kepada SAM untuk penyelidik yang turut mengandungi 11 juta imej yang digunakan untuk melatihnya dan lebih 1.1 bilion segmentasi yang telah dihasilkan di bawah lesen Apache 2.0. Bagi orang ramai, demo SAM boleh dicuba sendiri secara percuma menerusi pautan d bawah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved