Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

TechnologyCars
11 Mar 2025 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Walaupun Tesla berdepan dengan seruan boikot selepas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk memberi sokongan terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan berjuta-juta rakyat Palestin, namun itu tidak menjejaskan jualan keretanya.

Sebaliknya, permintaan ke atas Model Y "Juniper" 2025 dilihat agak kukuh di China.

Menurut laman berita, CarNewsChina, prapesanan Model Y Juniper telah mencecah 200,000 unit sejak model yang diperbaharui itu dilancarkan pada Januari tahun ini .

Malah, kakitangan jualan Tesla mendedahkan bahawa bilik pameranTesla di Beijing sahaja memperoleh sekitar 100 pesanan pada setiap hari.

image is not available

Bagaimanapun, ini termasuk pra-tempahan awal dimana "deposit boleh dikembalikan”” yang ditawarkan oleh Tesla China tetapi ia kini digantikan dengan dasar standard dimana "deposit tidak boleh dikembalikan”.

Dalam minggu pertama selepas penghantaran bermula, lebih 6,000 unit Model Y versi diperbaharui telah pun diserahkan kepada pembeli di China.

Barisan model yang dilancarkan menampilkan dua varian yang sama seperti di Malaysia – Rear-Wheel-Drive (RWD) dan Long-Range All-Wheel-Drive (AWD).

Namun, berbeza dengan Malaysia di mana "Launch Series" masih boleh didapati, namun di China, varian ini telah pundihentikan sejak 28 Februari lalu.

image is not available

Difahamkan, tempoh menunggu semasa untuk masa Tesla Model Y adalah berbeza kerana ia bergantung kepada model yang ditempah.

Pengahantaran untuk versi pacuan roda belakang dianggarkan mengambil masa antara 2-4 minggu, manakala varian AWD mungkin mengambil masa antara 6-10 minggu.

Di sebalik permintaan kukuh terhadap Juniper, CarNewsChina melaporkan bahawa Tesla sedang berusaha untuk melancarkan Cybertruck di China walaupun terdapat halangan peraturan.

Secara amnya, trak pikap tidak popular di China tetapi Tesla percaya reka bentuk berani dan futuristik Cybertruck boleh menarik minat pengguna yang lebih muda dan menyemarakkan semula imej jenama itu di China.

View Original Article