Moderna Saman Pfizer, Biontech Atas Pelanggaran Paten Teknologi Vaksin COVID-19

27 Aug 2022 • 7:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syarikat farmaseutikal AS berkenaan menuduh Pfizer dan BioNTech meniru 'teknologi asas' dalam pembangunan vaksin COVID-19 mRNA tanpa kebenaran Moderna - Gambar AFP

ANKARA - Firma bioteknologi AS Moderna menyaman pesaing Pfizer dan BioNTech kerana melanggar paten penghasilan teknologi vaksin COVID-19 keluarannya.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat farmaseutikal AS berkenaan menuduh Pfizer dan BioNTech meniru "teknologi asas" dalam pembangunan vaksin COVID-19 mRNA tanpa kebenaran Moderna.

Menurut laporan Agensi Anadolu, saman mahkamah itu menuntut pampasan, yang difailkan di mahkamah daerah AS di Massachusetts dan mahkamah wilayah Dusseldorf di Jerman.

"Kami memfailkan tindakan undang-undang ini untuk melindungi platform teknologi inovatif mRNA yang kami rintis, melabur berbilion-bilion dolar dalam mencipta dan dipatenkan sepanjang dekad sebelum pandemik COVID-19," kata CEO Moderna Stephane Bancel.

Moderna menggunakan platform teknologi mRNAnya untuk membangunkan ubat-ubatan yang boleh merawat dan mencegah penyakit berjangkit seperti influenza dan HIV, serta penyakit autoimun dan kardiovaskular dan bentuk kanser yang jarang berlaku, tambah Bancel.

"Kami percaya bahawa Pfizer dan BioNTech meniru ciptaan Moderna secara tidak sah, dan mereka terus menggunakannya tanpa kebenaran," kata Ketua Pegawai Undang-undang Moderna Shannon Thyme Klinger. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved