Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar

LocalPolitics
7 Feb 2026 • 9:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar

Perdana Menteri India, Narendra Modi, menghargai sambutan mesra yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Modi menerusi kiriman di laman X berkata beliau menantikan pertemuan dan perbincangan yang bermakna serta usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan persahabatan antara India dan Malaysia.

Dalam beberapa lagi kiriman yang lain, Modi turut memuji program komuniti yang diadakan pada hari ini.

"Amat menyentuh perasaan untuk menyaksikan ikatan mendalam budaya, warisan dan nilai bersama yang menghubungkan diaspora dengan tanah air.

"Kesungguhan serta semangat komuniti India di sini mencerminkan kekuatan hubungan India–Malaysia yang berkekalan.

"Diaspora kita terus menjadi jambatan penting antara India dan Malaysia. Adalah satu kegembiraan untuk berinteraksi dengan mereka di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau turut memuji tarian budaya yang dipersembahkan pada malam ini.

Baca juga:

"Satu kemuncak program komuniti di Kuala Lumpur ialah persembahan tarian yang telah mencipta rekod di Malaysia.

"Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam persembahan tarian tersebut," katanya.