MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan

Business & Finance
7 Jul 2023 • 8:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MyEG dilantik sebagai ejen kutipan hasil kerajaan.

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) telah meluluskan pelantikan MyEG Services Bhd (MyEG) sebagai ejen kutipan hasil kerajaan dan melanjutkan peranan syarikat itu sebagai penyedia perkhidmatan dalam talian Jabatan Imigresen Malaysia, kata MyEG.

Menurut penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tima masanya dan perjanjian untuk memformalkan pelanjutan itu akan ditandatangani kemudian.

"Lembaga pengarah berpendapat lanjutan itu memberi manfaat kepada syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan selanjutnya," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Menurutnya syarikat tidak menjangkakan sebarang risiko berkaitan pelanjutan itu buat masa ini dan tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama dan orang yang berkaitan dengan pengarah dan/atau pemegang saham utama mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dengan pelanjutan itu.

Katanya syarikat itu akan membuat pengumuman yang diperlukan pada masa sesuai kepada Bursa Malaysia Securities untuk perkembangan selanjutnya pelanjutan itu sekiranya terdapat maklumat penting di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved