MOF: Orang ramai dipelawa kongsi idea bagi kembangkan ekonomi negara

Business & Finance
12 Jun 2023 • 12:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) mempelawa orang awam untuk memberi pandangan serta input berkaitan langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara selain memainkan peranan aktif bagi membentuk landskap ekonomi tersebut.

Pandangan tersebut akan menjadi panduan penting bagi kerajaan dalam merangka dasar serta keutamaan untuk memacau pertumbuhan ekonomi negara ini, kata kementerian itu dalam kenyataannya hari ini.

“Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023),” katanya.

Sehubungan itu, MOF berkata orang awam boleh berkongsi maklum balas mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas secara dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved