'Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa Ma...' Ibu Nora Ariffin meninggal dunia

LocalEntertainment
20 Nov 2024 • 8:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAKZIAH buat penyanyi, Datuk Nora Ariffin yang kehilangan ibunya petang semalam.

Berkongsi berita duka itu di Instagram, Nora memaklumkan jenazah bondanya, Allahyarham Datin Wan Azizah Wan Ismail disembabahyangkan di sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan.

"7.30 malam jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Muhammadi Kota Bharu. Solat jenazah akan diadakan selepas Isyak," titipnya.

image is not available

Penyanyi Di Persimpangan Dilema itu bagaimanapun sempat memberikan penghormatan terakhir dan mengucup jenazah ibu serta menyempurnakan pengebumian.

"Innalillahi wainnailaihirajiun. Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa Ma dan menjadikan Ma dalam kalangan penghuni syurga firdaus,aamiin," titipnya.

image is not available

Pada 2022, pemilik nama Wan Nora Afiza binti Ariffin pernah berkongsi keadaan ibunya yang semakin uzur dan pernah dimasukkan ke wad.

Takziah buat Nora dan keluarga atas pemergian ibu tersayang, semoga terus tabah atas kehilangan ini. Al-Fatihah.