
“Moga-moga Mereka Dikurniakan Syahid Akhirat…” – Dr Zulkifli
Berlaku tanpa sebarang petanda, kejadian pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam hari ini memberikan satu kejutan besar buat Malaysia.
Tragedi itu meragut 10 nyawa, terdiri daripada enam orang penumpang dan dua kru pesawat serta dua orang awam.
Difahamkan, antara yang terkorban dalam nahas tersebut adalah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Menurut CAAM, pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.
Menelusuri media sosial, ramai rakyat Malaysia telah membanjiri ruangan hantaran dan komen dengan ucapan takziah kepada mangsa tragedi.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden terbabit.
Takziah saya ucapkan kepada 10 keluarga mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina.
Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan). Kalimah al-hadm juga boleh difahami sebagai himpitan atau pertembungan, atau dalam…
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 17, 2023
“Takziah saya ucapkan kepada 10 keluarga mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina.”
Jelas Dr. Zulkifli, semoga mangsa yang terkorban dalam pesawat terhempas itu dikurniakan syahid akhirat kerana kematiannya berpunca dari kemalangan.
“Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan).
“Kalimah al-hadm juga boleh difahami sebagai himpitan atau pertembungan, atau dalam konteks semasa difahami sebagai kemalangan.” jelasnya.
Dr. Zukifli kemudian membawakan hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sabda Nabi SAW:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ .
Maksudnya: Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Selain Dr. Zulkifli, terdapat beberapa orang kenamaan yang turut memberikan ucapan takziah kepada mangsa.
Ahli Parlimen Bentung, Young Syefura Othman telah mengucapkan takziah kepada salah seorang mangsa tragedi, Datuk Seri Johari Harun menerusi hantaran Facebooknya.
“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan di rencanakan kelak,” katanya.
Sumber: @drzul_albakri via Twitter
The post “Moga-moga Mereka Dikurniakan Syahid Akhirat…” – Dr Zulkifli appeared first on Siakap Keli.

