Mohamad Azri Sahlam dari Keningau didenda RM30,000 muat naik kandungan jelik, hina institusi kehakiman

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 6:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mohamad Azri Sahlam dari Keningau didenda RM30,000 muat naik kandungan jelik, hina institusi kehakiman Image from: Mohamad Azri Sahlam dari Keningau didenda RM30,000 muat naik kandungan jelik, hina institusi kehakiman amree28/04/2026 - 18:20 MOHAMAD AZRI Sahlam (kiri) ketika dibawa di Mahkamah Sesyen Keningau, Sabah atas kesalahan penyalahgunaan platform digital. - Foto ihsan MCMC Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 April — Seorang lelaki didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Keningau di Sabah selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan jelik melampau serta menghina institusi kehakiman.


Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), tertuduh, Mohamad Azri Sahlam, 41, didapati melakukan kesalahan itu melalui akaun sosial Facebook pada 22 Disember 2025.


Dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana secara sedar menggunakan aplikasi untuk membuat serta memulakan penghantaran berunsur jelik yang melampau.


"Kesalahan tersebut membawa hukuman di bawah peruntukan Seksyen 233(2) akta yang sama, iaitu denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya sekali," jelas MCMC.


Tertuduh berkenaan menjelaskan denda tersebut. Sementara itu, MCMC menegaskan penyebaran kandungan yang jelik melampau berunsur perkauman, agama, dan institusi diraja (3R) dipandang serius.


Perbuatan berkenaan bukan sahaja dikhuatiri boleh menjejaskan kedaulatan undang-undang negara serta kebebasan institusi kehakiman, malah berpotensi menggugat ketenteraman awam di Malaysia.


Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan platform media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab bagi memastikan ruang siber adalah kekal selamat.


Sebaliknya ujar kenyataan tersebut, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang. - DagangNews.com

Terkini standard