Mohamad, isteri selesai mengundi di Rantau

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:28 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mohamad, isteri selesai mengundi di Rantau

SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau di sini pagi tadi.

Timbalan Pengerusi BN itu selesai mengundi di saluran satu bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.

“Nampak proses pengundian di sini teratur, ramai yang telah datang sejak pagi, saya harap semua pengundi di DUN Rantau untuk segera menunaikan tanggungjawab kerana diramalkan hujan di sebelah petang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga berharap peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan tinggi hari ini.

“Kalau dapat seperti biasa iaitu 70 hingga 75 peratus adalah memadai kerana di Rantau ini ramai pengundi yang berdaftar tidak lagi tinggal di sini, tentera dan bekas polis yang berpindah tetapi tidak tukar alamat tempat mengundi.

“Kalau boleh dapat peratusan mengundi hari ini di Rantau dan seluruh Negeri Sembilan iaitu 70 hingga 75 peratus, itu pun sudah bagus kerana itulah peratusan mengundi di setiap pilihan raya,” katanya.

Mohamad akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya sejak 2004 itu dan dicabar calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Azizul Hakim Mahdi. – UTUSAN

The post Mohamad, isteri selesai mengundi di Rantau appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved