Mohamad Sabu selamat dibedah, keadaan stabil

17 Jun 2023 • 12:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad selamat menjalani pembedahan appendicitis (apendiks) pada Sabtu. - Foto Facebook Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan appendicitis (apendiks) pada Sabtu.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran pentadbir Facebooknya yang memaklumkan pembedahan Ahli Parlimen Kota Raja itu selesai pada jam 4 pagi.

“Alhamdulillah, Datuk Seri telah selamat dibedah lebih kurang jam 4 pagi tadi.

"Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang dipantau rapi oleh pakar perubatan Hospital Putrajaya,” katanya.

Beliau dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada Khamis untuk mendapatkan rawatan berhubung apendiks.

Kementerian itu, dalam kenyataan malam Khamis memaklumkan, Mohamad perlu menjalani pembedahan itu atas nasihat pakar perubatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved