
KUALA LUMPUR - Kemelut politik Perikatan Nasional (PN) terus berlarutan, dengan peletakan jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker hari ini.
Menerusi satu kenyataan ringkas beliau berkata, peletakan jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari nanti.
“Saya mengambli maklum bahawa pelantikan saya sebagal Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di hawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia.
“Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026,” katanya.
Jelas Hanifah, keputusan berkenaan dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab serta selaras dengan prinsip menghormati struktur, hierarki dan tatakelola organisasi PN.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasin kepada semus pirnpinan, rakan-rakan parti, jentera serta penyokong PN Negeri Sembilan atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya memegang amanah ini,” katanya.
Hanifah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu ialah individu keempat melepaskan jawatan Pengerusi PN negeri selepas Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi PN Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal. - Getaran, 30 Disember 2025
