Mohamed Khaled mulakan lawatan rasmi ke Thailand, kukuh kerjasama sempadan

LocalPolitics
28 Jan 2025 • 1:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Khaled (kanan) tiba di Bangkok, Thailand untuk lawatan kerja rasmi dua hari bermula hari ini bagi memperkukuhkan kerjasama persempadanan kedua-dua negara. - Foto: FB Khaled Nordin

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Bangkok, Thailand untuk lawatan kerja rasmi dua hari bermula hari ini bagi memperkukuhkan kerjasama persempadanan kedua-dua negara.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebooknya, Mohamed Khaled memaklumkan beliau dijangka bertemu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand Phumtham Wechayachai pada lawatan tersebut.

"Seterusnya, saya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Thailand ke-56 secara bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand Phumtham Wechayachai.

"Mesyuarat GBC ini berperanan sebagai platform utama dalam menguruskan kerjasama persempadanan melibatkan kedua-dua negara,” katanya.

Semalam, Mohamed Khaled tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (4.30 petang waktu tempatan) dengan disambut Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan Thailand, Ketua Marsyal Udara Surarit Kitchathorn, Timbalan Ketua Misi, Bong Yik Jui dan Atase Pertahanan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved