Mohammad puji penubuhan Papim

19 Feb 2024 • 1:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KIMANIS: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohammad Alamin berkata beliau menyambut baik penubuhan Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-anak Kg Pimping (Papim).

Beliau berharap persatuan itu dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial untuk golongan sasaran.

Katanya, penubuhan persatuan seperti itu bukan saja akan dapat mengukuhkan persaudaraan dalam kalangan ahli tetapi juga masyarakat amnya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Papim di Pusat Khidmat Masyarakat di sini, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Sementara itu, Pengerusi Papim Ahmad Dipong berkata kunjungan itu adalah bagi memperkenalkan AJK dan objektif Papim, yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) setahun lalu.

Dalam taklimat ringkasnya kepada Mohamad, Ahmad berkata persatuan itu ditubuhkan untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim antara anak-anak Kg Pimping yang bermastautin di kawasan Pantai Barat.

Katanya, lebih 1,000 anak Pimping berada di kawasan bandaraya dan Papim akan menjadi payung dan jambatan bagi mengukuhkan persaudaraan dalam kalangan mereka serta menumpukan pada kegiatan kebajikan ahli.

Tambah Ahmad, buat masa ini Papim hanya membuka keahlian kepada mereka yang tinggal dari Kinarut hingga ke Tuaran.

“Namun atas cadangan Penasihat Papim Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga wakil rakyat Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, keahlian akan diperluaskan ke seluruh kawasan Pantai Barat,” katanya, sambil meminta anak-anak Kg Pimping yang ingin menjadi ahli untuk berhubung dengan AJK persatuan.

Beliau juga memaklumkan Mohamad tentang kegiatan yang telah dijalankan oleh Papim, antaranya membantu ahli-ahli yang berdepan musibah, mendapatkan rawatan di hospital dan mangsa kebakaran di kampung melalui kutipan derma dalam kalangan ahli.

Turut hadir pada pertemuan lebih setengah jam itu ialah Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Rusman Dulamit, dan AJK Tertinggi Papim antaranya Penolong Setiausaha Alihussain Matnoor, Bendahari Awang Ag Kassim Ismail, Penolong Bendahari Ag Ghazali Ag Ghani @ Tuan Carlos dan Amin Muin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.