Mohd Effendy Presiden MTUC baharu

Politics
4 Jul 2022 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Mohd Effendy Abdul Ghani dipilih sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) baharu dalam Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Ke-42 bagi penggal 2022-2025.

Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, Mohd Effendy berjaya merangkul jawatan itu selepas menewaskan pencabarnya, Mohd Japar Abdul Majid.

Ujar Kamarul Baharin, jawatan bagi Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Matkar Siwang, manakala beliau sebagai Setiausaha Agung.

“Persidangan ini telah dihadiri seramai 411 orang dari seluruh negara yang berlangsung selama dua hari dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan selesainya persidangan itu maka MTUC telah melengkapkan kekosongan semua jawatan kecuali wakil belia dan wanita,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved