Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik Pengerusi Suhakam baharu

5 Jul 2024 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Hishamudin

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu lepas.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suhakam 1999 (Akta 597).

Mohd Hishamudin, 75, menggantikan Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad, 64, yang meletak jawatan secara sukarela berkuat kuasa 31 Ogos lepas.

Rahmat menjawat jawatan berkenaan bermula 22 Jun 2022. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved