Mohd Shafie, empat yang lain menang tanpa tanding pemilihan parti

Politics
16 Aug 2022 • 12:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Parti Warisan (Warisan), kata Setiausaha Agung parti itu Loretto Padua Jr.

Beliau yang mengesahkan perkara itu berkata Mohd Shafie satu-satunya nama yang dicalonkan bagi jawatan presiden untuk pemilihan parti yang dijadual diadakan pada Perhimpunan Agung Tahunan Warisan 2021 pada 26 hingga 27 Ogos ini.