Mohd Shafiqin, Siti Ainul dinobatkan qari dan qariah Beluran

19 Jan 2026 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BELURAN: Mohd Shafiqin Fadzly dan Siti Ainul Suffiah Fatonah Masran masing-masing dinobatkan qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Beluran yang diadakan di Dewan Serbaguna Beluran pada Jumaat.

Kedua-dua mereka menerima hadiah berupa wang tunai, hamper dan hadiah iringan.

Hadiah disampaikan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labuk Datuk Samad Jambri.

“Kita mahu menggalakan lebih ramai belia atau anak muda untuk menyertai acara terbabit.

“Ini sekali gus mengetengahkan belia yang celik Al-Quran selain mengimarahkan lagi majlis seumpama di daerah ini,” tambahnya.

Pihaknya juga merakam penghargaan kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan majlis berkenaan meskipun dalam masa yang singkat.

Terdahulu Pengerusi Badan Dakwah Daerah Beluran yang juga Pengerusi Pelaksana dan Penolong Pegawai Daerah Beluran (Pembangunan) Mohamed Suzailie Sulaiman berkata seramai lima peserta terdiri tiga qari dan dua qariah menyertai majlis kali ini.

Jelasnya johan qari dan qariah itu juga akan mewakili daerah Beluran ke majlis tilawah Al-Quran peringkat zon di Sandakan selepas ini.

View Original Article