Mohd Syazrul, Rafidah juara Bintang P. Ramlee Sabah 2022

22 Aug 2022 • 4:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAGU Hanya Dikau dan Bila Larut Malam membawa tuah kepada peserta dari Beaufort Mohd Syazrul Nizam Matusin,33, dan Rafidah Asgali, 34, dari Sandakan apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Bintang P. Ramlee Peringkat Zon Sabah 2022.

Pertandingan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik berlangsung di Palm Square, Centre Point, di Kota Kinabalu, Ahad.

Selaku juara, Syazrul membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500 beserta piala iringan dan sijil manakala kategori wanita Rafidah membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala iringan dan sijil.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved