Mohd Zayad kekal YDP DPMM Kedah

LocalPolitics
30 Apr 2023 • 12:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Zayad

ALOR SETAR - Datuk Mohd Zayad Ismail kekal sebagai Yang DiPertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah selepas menewaskan pencabarnya, Datuk Badrul Hisham Hashim pada pemilihan sesi tahun 2023 hingga 2026.

Pada pemilihan jawatankuasa sempena Mayuarat Agung Dewan Melayu Kedah ke-49 yang diadakan di The Jerai Hotel Alor Setar, dekat sini, Mohd Zayad menang dengan majoriti 70 undi pada pertandingan dua penjuru tersebut.

"Penggal ini adalah terakhir buat Mohd Zayad memimpin DPMM Kedah kerana tempoh memegang jawatan Yang DiPertua Dewan adalah tidak melebihi dua penggal," kata satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Pada mesyuarat tersebut juga, perwakilan turut bersetuju memilih Setiausaha Kehormat, Zulkifli Khamis sebagai Timbalan Yang DiPertua baharu selepas menang menewaskan penyandang sebelumnya, Badrol Hisham Mohd Rejab.

Jawatan Naib Yang DiPertua pula dimenangi oleh Mohd Khairul Rohami manakala keputusan lain menyaksikan tujuh daripada sembilan ahli jawatankuasa yang menang pada pemilihan kali ini merupakan penyandang jawatan yang sama pada penggal lepas.

Pemilihan jawatankuasa Dewan Melayu Kedah penggal baru tersebut dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin.

Turut hadir adalah Pemangku Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon bersama barisan Majlis Eksekutif Dewan DPMM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved