“Mohon Jasa Baik Doakan Emak Saya” – Ibu Remy Ishak Kritikal Di Hospital

26 Aug 2022 • 11:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Remy Ishak baru-baru ini memaklumkan bahawa ibunya kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka.

Dalam ciapan Twitter miliknya, Remy meminta orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibunya, Basrah Md Deris.

Emak saya sedang kritikal di Hospital besar Melaka. Mohon jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah binti Md Deris.”

image is not available

Perkongsian pelakon filem Pulang itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan semuanya,” tulis seorang warganet.

“Semoga emak awak cepat sembuh, dan selalu dalam lindungan Allah, Aamin, semoga dipermudahkan urusan,” tambah seorang lagi pengguna Twitter.

Sekadar info, ibu kepada Remy Ishak pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak pada tahun 2018.

Selain itu kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 3 minggu lalu

Dikejarkan Ke Hospital, Ako Mustapha Dirawat Di Bahagian Kecemasan