Mohon pasport guna identiti palsu, suami isteri ditahan

11 Oct 2023 • 5:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor menggagalkan cubaan sepasang suami isteri mendapatkan pasport melalui pemalsuan identiti di Kulai semalam.

Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir berkata pegawai bertugas mengesan perbuatan pasangan warga tempatan itu menggunakan dokumen anak mereka untuk memohon pasport bagi seorang kanak-kanak Sri Lanka, dengan disyaki menerima bayaran daripada seorang individu yang masih bebas.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 10 pagi di pejabat imigresen cawangan Kulai itu, kanak-kanak lelaki asing itu gagal menjawab beberapa pertanyaan, sekali gus menimbulkan kecurigaan pegawai bertugas.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak itu tidak bersekolah seperti dinyatakan dan tidak boleh berbahasa Melayu, serta hanya menjawab soalan apabila ditanya dalam Bahasa Inggeris.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Justeru, pasangan terbabit ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 (A) Akta Pasport 1966,” katanya dalam kenyataan.

Baharuddin berkata, Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil menjalankan urusan imigresen dan menasihatkan orang ramai tidak terpedaya janji manis diberikan pulangan lumayan dengan menjual dokumen diri atau bakal berdepan hukuman berat.

“Jabatan Imigresen menyeru orang ramai tampil menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kegiatan menyalahi undang-undang dalam usaha memastikan keamanan negara.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.