Mojtaba Khamenei terselamat selepas dikeluarkan dari runtuhan hospital selepas serangan AS-Israel

WorldPolitics
27 Sep 2026 • 11:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mojtaba Khamenei terselamat selepas dikeluarkan dari runtuhan hospital selepas serangan AS-Israel

TEHERAN: Pemimpin Tertinggi baharu Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei terselamat  selepas dikeluarkan dari bawah runtuhan sebuah hospital di Teheran yang dibom dalam serangan udara pakatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut pendedahan seorang ulama kanan Iran.

Mojtaba, 56, sebelum itu dikejarkan ke hospital di Teheran akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam serangan udara pada 28 Februari lalu yang mengorbankan bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, 86.

Selepas memusnahkan kompleks kediaman Ali Khamenei, pakatan tentera berkenaan turut membedil tiga buah hospital berbeza di ibu negara Iran itu beberapa hari kemudian.

Anak bongsu Allahyarham Ali Khamenei itu berjaya ditarik keluar dari runtuhan salah sebuah hospital tersebut sebelum dibawa lari ke lokasi yang dirahsiakan. 

Sejak insiden itu, beliau langsung tidak pernah kelihatan di khalayak ramai mahupun mengeluarkan sebarang kenyataan audio.

“Walaupun selepas beliau cedera dan dibawa ke hospital, tiga buah hospital di Teheran telah dibom,” kata ahli Majlis Pakar Iran, Mohsen Heydari dalam satu wawancara bersama stesen televisyen Qatar, Al Araby, pada Khamis.

“Mojtaba Khamenei berada di hospital ketiga dan berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan,” tambah beliau.

Heydari turut mendedahkan bahawa Khamenei langsung tidak mengetahui bahawa beliau telah dipilih sebagai Pemimpin Tertinggi baharu pada 8 Mac lalu sehinggalah pengumuman rasmi disiarkan menerusi media televisyen kerajaan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan itu dimuktamadkan, beliau terikat secara undang-undang dan agama untuk menerima tanggungjawab berkenaan, jelas Heydari.

Majlis Pakar Iran, iaitu badan yang dipertanggungjawabkan untuk memilih Pemimpin Tertinggi Iran turut menjadi sasaran serangan udara pakatan AS-Israel apabila pejabat Urus Setia Qom dibom sehingga mengorbankan lapan individu.

Ekoran ancaman keselamatan yang tinggi, ahli majlis terpaksa menulis undian masing-masing pada kertas sebelum dipanggil ke satu bilik mesyuarat rahsia seminggu selepas serangan pertama berlaku, tanpa dimaklumkan lokasi atau tujuan perjumpaan tersebut terlebih dahulu.

Heydari merupakan individu pertama yang mencadangkan nama Khamenei dalam sesi rahsia berkenaan.

Ia sekali gus mengingkari amaran Presiden AS, Donald Trump yang sebelum ini memberi amaran keras kepada Iran agar tidak melantik anak Ali  yang disifatkan berfahaman lebih keras.- AGENSI

 

The post Mojtaba Khamenei terselamat selepas dikeluarkan dari runtuhan hospital selepas serangan AS-Israel appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved