Mokky’s Pizza hidangkan menu baru sempena Merdeka, Kerabu Pizza anyone?

LocalFood
27 Aug 2024 • 3:00 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Hanya beberapa hari lagi Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67, seiring dengan itu Mokky’s Pizza & Coffee, satu jenama pizza lokal telah memperkenalkan menu pizza terbaru mereka iaitu The Kerabu Pizza dan Tempeh Melt Sticks!  

Rasa wangi ulaman kerabu cukup membangkitkan rasa, malah apa yang lebih istimewa doh yang digunakan untuk menu pizza istimewa ini berwarna biru! Disuntik dengan ekstrak bunga telang, menjadikan doh lembut di dalam dan rapuh di luar ini lebih enak untuk dimakan.

Manakala satu lagi menu istimewa yang diperkenalkan adalah Tempeh Melt Sticks! Rasa tempeh yang lemak cukup enak berinti keju mozarella yang mencair sempurna, disaluti pula serbuk roti menjadikan gorengan cukup sempurna, inilah definisi rangup di luar lembut di dalam. Ia dihidangkan bersama sos bawang karamel pedas, rasa bawang yang cukup mesra dengan gabungan manis dan pedas!

Seperti makan nasi kerabu di atas pizza!

image is not available

Mungkin kedengaran agak pelik, namun apabila anda nikmati sendiri gabungan unik kerabu dan pizza ini, tentu anda juga berfikir ia satu kombinasi yang sempurna! Pizza yang diilhamkan dari makanan tradisi Pantai Timur ini hadir dengan doh berwarna biru, hasil ekstrak bunga telang yang segar, kemudian sos asasnya adalah dari ayam panggang yang diperap sempurna bersama rempah dan santan. Topping pizza unik ini berisi bunga kantan, kacang panjang, kacang botol, kelapa parut dan kobis!

Untuk pengetahuan anda The Kerabu Pizza ini hanya hadir dengan satu saiz sahaja iaitu 12 inci. Anda boleh menikmatinya dengan harga RM33 setiap satu.

Menu istimewa ini akan tersedia bermula dari 28 Ogos sehingga Hari Malaysia iaitu 16 September 2024. Ia boleh dinikmati di kedua-dua cawangan Mokky’s Pizza iaitu di Bukit Tunku dan Bukit Jelutong!

Tempeh Melt Sticks bakal jadi menu kegemaran peminat tempeh!

image is not available

Sejujurnya kami ingin anda rasai sendiri keenakan Tempeh Melt Sticks ini, rasa tempehnya bukan seperti anda goreng tempeh seperti biasa. Ia diisi dengan keju mozarella yang mencair apabila anda makan panas-panas. Kami yakin jika anda bukan penggemar tempeh pun anda boleh menikmati hidangan ini!

Verdict kami? Anda harus menikmati kedua-dua hidangan istimewa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dari Mokky’s Pizza ini di kedai mereka, nikmatinya ketika panas-panas barulah padu! Selamat menjamu selera.

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

The information in this article is accurate as of the date of publication.
View Original Article