MOM tubuh Tabung Pendidikan Atlet tahun hadapan

20 Dec 2022 • 3:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melancarkan Tabung Pendidikan Atlet MOM pada awal tahun depan bagi membantu membiayai serta menampung kos pengajian atlet kebangsaan yang berkelayakan dan memenuhi kriteria.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (gambar) berkata cadangan yang dikemukakan Lembaga Eksekutif MOM pada 22 Nov lepas itu, telah diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM hari ini.

“Butiran terperinci termasuk mekanisme, kriteria dan kertas kerja tabung ini akan diperincikan oleh Pengurusan MOM untuk kelulusan Lembaga Eksekutif MOM,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-203 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.

Tabung Pendidikan Atlet MOM akan menggantikan Tabung Pendidikan Atlet Tan Sri Alex Lee yang diwujudkan pada Nov 1999 bagi mengenang jasa mantan naib presiden MOM tersebut dalam badan induk itu.-Bernama