Momen Dinanti-Nanti, Akhirnya Hajat Byeon Wooseok Tercapai Untuk Jumpa ‘Kembar’nya

Music
1 Dec 2023 • 3:54 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Korang tengok drama “Strong Girl Nam-soon”?

Baru-baru ini semasa majlis Anugerah MAMA 2023 di Jepun, pelakon popular dari drama “Strong Girl Nam-soon”, Byeon Woo-seok berjumpa dengan Anton RIIZE. Pelakon itu berkongsi sekeping gambar yang tidak dapat dilupakan di Instagramnya, menulis, ‘Hajat tercapai’ ketika dia bergambar bersebelahan dengan artis mirip sepertinya.

image is not available

Apa yang menarik perhatian ialah muka kedua selebriti ini tak tumpah seperti kembar. Netizen sangat teruja melihat gambar yang dimuat naik oleh pelakon terbabit. Pelbagai reaksi ditinggalkan di ruangan komen antaranya:

Wah! Yoon-sang mempunyai anak lelaki lain.

Mereka serius seperti adik-beradik.

Anton dan Anton.

Ada dua Anton!.

Comel macam pelanduk dua serupa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.