
Rangkuman gambar-gambar menarik sekitar Hari Kantin Sinar Bestari X Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor.
Program yang diadakan sempena Karnival Rakyat Karangkraf telah dirasmikan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid pada Jumaat.
Hadir sama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Group Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli serta Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin.
Sebanyak 10 sekolah memeriahkan penganjuran Hari Kantin X PTPTN iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama, SMK (Perempuan) Raja Zarina, SMK Seksyen 9, SMK Seksyen 19, SMK Bukit Kapar, SMK Putrajaya Presint 9 (2), Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), SMK Selayang Bharu, Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah dan SK Bukit Kuda.
Masing-masing menyediakan pelbagai menu menarik seperti nasi lemak, mee goreng, cendol, spageti dan banyak lagi malah harga yang ditawarkan juga berpatutan kepada orang ramai.
