Momen luar biasa! Jemaah haji wanita lahirkan bayi di Padang Arafah raih perhatian ramai

9 Jun 2025 • 9:10 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SEORANG jemaah haji wanita mencuri tumpuan ramai apabila selamat melahirkan bayinya ketika berada di Padang Arafah, salah satu lokasi paling penting dalam ibadah haji.



Menurut laporan Gulf News, kejadian berlaku ketika wanita berasal dari Togo, Afrika Barat itu berada dalam khemah bersama jemaah lain. Beliau kemudiannya tiba-tiba merasakan sakit seperti mahu bersalin.



Melihat situasi tersebut, pasukan perubatan Bulan Sabit Merah Arab Saudi segera bertindak memindahkan wanita terbabit ke pusat kesihatan lapangan yang lengkap dengan kemudahan bersalin.



image is not available



Hasil tindakan pantas dan kepakaran pasukan perubatan, bayi berjaya dilahirkan dengan selamat. Difahamkan, kedua-dua ibu dan anak kini berada dalam keadaan stabil dan sihat.



Sekadar info, wanita itu merupakan salah seorang daripada ribuan jemaah istimewa dari lebih 100 negara yang dijemput khas menerusi Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci bagi menunaikan ibadah haji, umrah dan ziarah yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi.



Sumber: