Momen Santai Anwar Nyanyi "My Way" Diiringi Saksofon PM Thailand

LocalEntertainment
9 Jul 2026 • 10:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Momen Santai Anwar Nyanyi "My Way" Diiringi Saksofon PM Thailand

Momen Santai Anwar Nyanyi "My Way" Diiringi Saksofon PM Thailand

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan rakan sejawat dari Thailand Anutin Charnvirakul yang mengadakan lawatan rasmi dua hari di Malaysia.

Kunjungan yang bermula pada Khamis itu merupakan atas undangan Anwar.

Menerusi perkongsian di laman X, Anwar berkata kunjungan itu mencerminkan keakraban hubungan Malaysia dan Thailand yang telah lama terjalin, di samping membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat.

Bagaimanapun, salah satu momen yang mencuri tumpuan dan menjadi tular di media sosial adalah ketika majlis makan tengah hari.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Channel News Asia, Anutin dilihat memainkan saksofon sambil Anwar menyanyikan lagu My Way oleh Frank Sinatra.

Kedua-dua pemimpin itu juga sempat berduet lagu Can't Help Falling in Love ketika majlis itu.

Selain itu, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan warisan seni.

Menurut Anwar, ia mencerminkan kekayaan tradisi serta kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan Malaysia dan Thailand.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved