“Mommy Seorang Pun Dah Cukup Dah” – Anak-Anak Minta Rita Rudaini Tidak Berkahwin Lagi

LocalEntertainment
23 Dec 2024 • 11:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Rita Rudaini menerusi satu hantaran di media sosialnya baru-baru ini ada berkongsi rasa mengenai hal berkahwin lagi setelah sekian lama bergelar ibu tunggal.

Ujar Rita, dia tidak berminat untuk bersuami buat kali kedua kerana mahu fokus mencurahkan kasih sayang kepada kedua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Difahamkan, perkara itu dibangkitkan Rita setelah dia ditanyakan peminat sama ada ingin bernikah lagi.

Mommy tak akan kahwin sebab mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik.

Pertanyaan netizen itu juga mendapat respon anak-anak Rita.

Tak payahlah. Mommy tak payah kahwin lagi. Mommy seorang pun dah cukup dah.

Perkongsian itu turut mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya memuji kecekalan Rita membesarkan anak-anak tanpa sebarang figura suami di sisi.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Rita pernah bernikah dengan Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum berpisah pada tahun 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Ditegur Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna AI, Nora Ariffin Terima Dengan Hati Terbuka - “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”