Monitor ASUS ROG Strix Ace XG248QSG Diperkenalkan Dengan Skrin 610Hz

TechnologyDigital
20 May 2025 • 10:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS telah memperkenalkan monitor permainan ROG Strix Ace XG248QSG di COMPUTEX 2025. Monitor ini menggunakan panel Super TN bersaiz 24.1 inci, dengan kadar segar semula sehingga 610Hz serta masa tindak balas serendah 0.1ms. Paparan turut menyokong gamut warna DCI-P3 sebanyak 90%, memastikan warna lebih jelas dan terang.

image is not available

Teknologi Extreme Low Motion Blur 2 (ELMB 2) disokong boleh membantu mengurangkan kesan kabur sambil meningkatkan tahap kecerahan skrin sehingga 65% lebih baik berbanding model lain. Selain itu, monitor ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri berasaskan AI seperti AI Visual, Dynamic Crosshair dan Dynamic Shadow Boost bertujuan untuk meningkatkan ketepatan visual semasa permainan.

Dari segi reka bentuk, Ergo Stand baharu yang digunakan adalah 30% lebih kecil berbanding model sebelumnya. Monitor ini juga menawarkan pelbagai pilihan sambungan, termasuk DisplayPort 1.4, HDMI 2.1, serta bicu audio 3.5mm.

View Original Article